Tuesday 7 April 2015

Masa Depan Manhua Bernoktah???


Salam..

Dengan berakhirnya penerbitan Manhua PEDANG SETIAWAN pada episod terakhir 667 dan WIRA SAKTI ZHONG HUA pada episod terakhir 28, pembaca2 Manhua ditinggalkan dengan satu2ny Manhua di pasaran iaitu JEJAK WIRA VERSI BARU..Ini menimbulkan polemik kerana pihak penerbitan masih tidak mengumumkan tajuk2 baru di pasaran..Adakah ini petanda bahawa industri Manhua bakal berkubur di Malaysia seraya dengan peningkatan pembacaan Manga dari Jepun?? Malah company lain iaitu Chien Ling kali terakhir mengeluarkan tajuk baharu PUBLIC ENEMY 3 pada tahun 2014, malah hanya 4 episod berakhir dan kualiti penerbitan juga agak mengecewakan dari segi terjemahan dan kualiti gambar yang dipersembahkan..JEJAK WIRA VERSI BARU hanya dapat bertahan kerana masih terdapat peminat2 yang setia membelinya, kalau nak dikira jumlah jualan kelihatan tidak setimpal kerana banyak return stock setiap minggu..nampaknya zaman company2 bersaing sehingga boleh 10 tajuk berada di pasaran kelihatan berakhir..kelihatan kurangnya promosi dan roadtour membuatkan generasi baru kurang tertarik membaca Manhua..tambahan pula kualiti layout dan terjemahan membuatkan peminat sedia ada tidak seghairah dahulu untuk membaca Manhua..sesuatu perlu dilakukan agar Manhua tidak tinggal sejarah dan dilupakan terus dari ingatan...

9 comments :

Anonymous said...

Masalah terbesar manhua bukan kualiti gambar atau terjemahan.. Masalah yg terbesar ialah semua komik baru manhua di malaysia ditamatkan secara mendadak, walaupun versi cina belum tamat lagi.. siapa nak beli koleksi yg x lengkap? Tu la sebab utama I x beli lagi manhua malaysia..

Anonymous said...

Membesar dengan komik manhua
sempat berbakti dgn buat web komik....

moga generasi kini dpt melihat kegemilangan zaman manhua dahulu
......

Anonymous said...

aku malas dah nak beli pasal naik harga aje. skrg rege komik da mahal. baik aku beli mende lain!

Mr Api said...

kot klau ad lobang jual pedang setiawan versi jilid. roger2 yer.. klu complete lg umph!! sbb bru start nak kumpul :)

Mr Api said...

mane nak crik ek public enemy 3 ni. ad x kat malaysia? xprnh jmpe pun

fnd said...

tinju maut harimau kumbang
tendangan tanpa bayangan
hikmat ruangan wujian
tinju maut pendekar laut 1 juta hp

fnd said...

kesedihan tidak terperi

ini yang membentuk aku...(dulu gaduh pun guna jurus)hahahahaha

Unknown said...

Koleksi emas wira sakti klu ada tolong info..lengkap

wira tunggal said...

penerbit tempatan buat suka2 je tamatkan cerita , terutamanya wira golok , berhenti setakat 180 episod ? buang duit & masa i kumpul. Pastu suka2 je tukar penterjemah , siapa yg baca wira tunggal final tau i cakap apa.

Post a Comment