Tuesday 7 April 2015

Masa Depan Manhua Bernoktah???


Salam..

Dengan berakhirnya penerbitan Manhua PEDANG SETIAWAN pada episod terakhir 667 dan WIRA SAKTI ZHONG HUA pada episod terakhir 28, pembaca2 Manhua ditinggalkan dengan satu2ny Manhua di pasaran iaitu JEJAK WIRA VERSI BARU..Ini menimbulkan polemik kerana pihak penerbitan masih tidak mengumumkan tajuk2 baru di pasaran..Adakah ini petanda bahawa industri Manhua bakal berkubur di Malaysia seraya dengan peningkatan pembacaan Manga dari Jepun?? Malah company lain iaitu Chien Ling kali terakhir mengeluarkan tajuk baharu PUBLIC ENEMY 3 pada tahun 2014, malah hanya 4 episod berakhir dan kualiti penerbitan juga agak mengecewakan dari segi terjemahan dan kualiti gambar yang dipersembahkan..JEJAK WIRA VERSI BARU hanya dapat bertahan kerana masih terdapat peminat2 yang setia membelinya, kalau nak dikira jumlah jualan kelihatan tidak setimpal kerana banyak return stock setiap minggu..nampaknya zaman company2 bersaing sehingga boleh 10 tajuk berada di pasaran kelihatan berakhir..kelihatan kurangnya promosi dan roadtour membuatkan generasi baru kurang tertarik membaca Manhua..tambahan pula kualiti layout dan terjemahan membuatkan peminat sedia ada tidak seghairah dahulu untuk membaca Manhua..sesuatu perlu dilakukan agar Manhua tidak tinggal sejarah dan dilupakan terus dari ingatan...