Friday 18 January 2013

MENUJU KE ARAH DUNIA JIANG HU



HELLO pembaca-pembaca dunia komik manhua, salam perkenalan, salam pendekar.... 

JIANG HU bermaksud komuniti ahli persilatan, tapi di sini aku lebih gemar gelarkannya KOMUNITI SCANLATION/TRANSLATION MANHUA...

Aku dah start baca Manhua Hong Kong(HK) masa aku darjah satu lagi..Manhua/Komik 1st aku beli adalah Jejak Wira #9...Bermula dari situ aku terus terpengaruh untuk mengumpul manhua2 HK sebanyak2nya...Tapi halangan masa dan kewangan membantutkan pengumpulan koleksi2 komik HK aku...

Dan tahun demi tahun berlalu...Aku menemui satu blog komik secara tak sengaja di kala kebosanan melayari internet...Aku mengenali blog Masterniefeng, baru aku tahu ada fanatik komik yang mengScan koleksi mereka untuk dibaca umum...Nama2 seperti Cyclonmaster, Masterkuro, Jifat79, Masterfikar, Redx888, Kurt.Rock (hanya sekadar menyebut beberapa nama) muncul menyajikan Scanlation dari koleksi mereka...

Setelah melihat ramai di antara mereka telah mengundur diri dari dunia JIANG HU, aku rasa terpanggil untuk membuat blog ini untuk berkongsi koleksi2 aku juga...Tapi aku tidak membuat Scanlation semata2, malah juga Translation komik2 HK...

Semoga dunia JIANG HU ini tidak terus luput ditelan zaman...

So, enjoy!!! KAIZERKOMIK.BLOGSPOT.COM

0 comments :

Post a Comment